Oleh : Wan Mohamad Sahran Wan Ahmadi / Foto : Mohammad Hatral Hazmi Awang Abdul Hamid, Muhammad Asri Haji Awang Abas
BANDAR SERI BEGAWAN, Jumaat, 20 Mac. - Mesyuarat Pertama dari Musim Permesyuaratan Ke-22 Majlis Mesyuarat Negara (MMN) bagi Tahun 1447 Hijrah / 2026 Masihi pada hari kelapan seterusnya mendengarkan jawapan bagi Perbahasan Peringkat Jawatankuasa Perbekalan bagi Rang Undang - undang Perbekalan (2026/2027) dan Usul Ketetapan Kumpulanwang Kemajuan bagi Kementerian Kewangan dan Ekonomi, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi II, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Mohd. Amin Liew bin Abdullah berkenaan dengan Bursa Saham (Stock Exchange) Negara Brunei Darussalam (NBD) yang bakal dilancarkan akhir suku ketiga tahun hadapan nanti.
Jelas Yang Berhormat, penubuhan bagi bursa saham berkenaan melibatkan sokongan daripada institusi - institusi kewangan, firma audit, penasihat undang-undang dan syariah, broker profession, dan profesional-profesional yang yang berkenaan.
Pada sidang yang berlangsung di Dewan Persidangan Majlis Mesyuarat Negara (MMN), Bangunan Dewan Majlis, Yang Berhormat berkata, kebanyakan negara-negara ASEAN lain sudah terdapat Bursa Saham mereka sendiri dan dari segi objektif-objektif bagi setiap negara memang ada perbezaan.
Justeru, Yang Berhormat menambah, bagi NBD mesti dilihat dari segi kelebihan atau manfaat (benefit) jika mempunyai satu bursa saham dalam negara dan dari itu Yang Berhormat meminta sedikit masa untuk mengongsikan butiran yang lebih terperinci bagi orang ramai akan lebih memahami mengenai tujuan bagi membentuk Bursa Saham di NBD berserta objektif dan manfaatnya.
Jika dilihat mana-mana negeri yang ada Bursa Saham jelas Yang Berhormat lagi, ia bagi satu peluang bagi syarikat-syarikat tempatan untuk membuat Initial Public Offering atau IPO dan dari itu, dapat diluaskan lagi dana atau funding syarikat-syarikat yang membuat IPO itu dapat mengembangkan perniagaan dan sebagainya.
Yang Berhormat kemudiannya mengongsikan pasaran industri kewangan (financial industry market) di negara ini sebagai satu pasaran dan ekonomi yang kecil dan justeru, ada beberapa kunci struktur financial market yang perlu ditangani dengan teliti.
Jumlah pelabur domestik yang kecil kata Yang Berhormat, jumlah transaksi rendah seperti pembelian saham seperti di Bank Islam Brunei Darussalam Berhad (BIBD) dengan transaksi liquidity yang rendah, jadi isu seperti itu mesti ditangani agar menggalakkan lebih banyak syarikat membuat IPO dan juga orang ramai untuk melabur kepada saham-saham di syarikat tempatan.
Oleh itu, ujar Yang Berhormat, dari segi faedah strategik kepada negara, ia menyokong syarikat - syarikat tempatan ataupun GLC untuk menyenaraikan syarikat dalam Bursa Saham, meningkatkan akses kepada sumber modal tambahan, menyokong operasi dan pertumbuhan perniagaan, memberikan peluang kepada orang awam untuk memperoleh kepentingan pemilikan dalam aset-aset strategik negara, memperkukuhkan tahap ketulusan dan accountability awam dalam operasi syarikat, meningkatkan piawaian-piawaian tadbir urus korporat serta amalan pelaporan kewangan.
Tambah Yang Berhormat lagi, beberapa manfaat kepada syarikat-syarikat yang tersenarai di dalam Bursa Saham ini di mana di Bursa Saham ini juga mewujudkan saluran langsung yang membolehkan orang awam untuk turut serta dalam pertumbuhan ekonomi negara melalui instrument equity dan fixed income ataupun sukuk yang disenaraikan di Bursa Saham.
Orang awam kata Yang Berhormat, dapat menyertai pengagihan dividen daripada perusahaan yang produktif, mendapatkan manfaat daripada peningkatan nilai modal capital appreciation dari semasa ke semasa, membina dan memelihara kejayaan isi rumah dalam jangka panjang, meningkatkan literasi kewangan dan keupayaan pelaburan dalam kalangan masyarakat.
Yang Berhormat seterusnya menjelaskan, jika orang ramai ingin melabur untuk masa panjang, instrument yang terdapat di bank-bank yang ada di dalam negeri hanya setahun ataupun kadang-kadang ada investment certificate paling panjang tiga tahun. Jadi untuk membuat perancangan bagi masa hadapan, pendidikan kanak-kanak ataupun persaraan, tidak ada instrument yang berpanjangan.
Dari itu, Yang Berhormat seterusnya menyatakan jika Bursa Saham akan dilancarkan nanti, boleh disenaraikan sukuk yang berpanjangan 10 tahun, 15 tahun dan sebagainya yang juga merupakan antara salah satu faedahnya. Namun, bagi syarikat-syarikat yang tersenarai dalam Bursa Saham mesti mengikuti beberapa kewajipan yang dikenakan termasuk dari segi pengauditan penyata kewangan selain beberapa perwakilan lembaga pengarah bebas mesti ada oversight dalam aktiviti perniagaan dan sebagainya serta faedah lain seperti menjana lebih banyak kerja profesional antaranya research analyst, investment making professionals, compliance officers dan sebagainya.
Sekiranya Bursa Saham ini ditubuhkan di NBD jelas Yang Berhormat, orang ramai dapat melibatkan diri dalam investment di syarikat tempatan dan sekali gus menyokong ekonomi dalam negara selain perancangan untuk pelaburan masa depan.
Jadi sebelum setiap hujung bulan kata Yang Berhormat, mungkin ada sebahagian gaji sudah diperuntukkan untuk pelaburan. Dengan Bursa Saham itu juga, syarikat-syarikat dapat mempertingkatkan disiplin dan accountability dan juga transparency.
Sehubungan itu ujar Yang Berhormat lagi, dengan faedah-faedah Bursa Saham yang diterangkan itu insyaAllah ada satu langkah untuk kita terus memajukan, mengembangkan ekonomi negara dan juga meningkatkan kemahiran serta kefahaman dan financial literacy orang ramai.